Saturday, January 2, 2010

LIQUID CORDYCEPS - EKSTRAK TISU CORDYCEPS




Produk baru ini sangat bermanfaat pada pengguna...Cordyceps ialah sejenis fungus atau cendawan yang hidup subur di kawasan pergunungan melebihi 10,000 kaki dan paras laut di China, Nepal, Tibet dan Himalaya.

Dalam sejarah perubatan China, Cordyceps telah digunakan sejak 3-5 ribu tahun lampau sebagai tonik perangsang seks dan kesegaran hayat manusia. Ia juga dikenali sebagai makanan pemanjang hayat dan menjadi herba kegemaran Maharaja dan Maharani China semasa zaman dinasti lagi.Maharaja China ketika itu menggunakan Cordyceps untuk mengembalikan kekuatan badan akibat daripada penyakit yang kronik selain membantu merawat penyakit lemah tenaga batin dan sakit badan.

Data-data awal menunjukkan ahli perubatan China menggunakan Cordyceps sebagai tonik untuk merawat penyakit hati, paru-paru, kelemahan seksual, masalah buah pinggang, jantung, usus, asma dan sebagainya.

Kajian farmakologi terbaru mendapati Cordyceps mengandungi nutrient pemakanan utama seperti karbohidrat, asid amino, asid lemak poli-tak-tepu, vitamin dan mineral. Cordyceps mengandungi bahan aktif utama iaitu adenosine (rangkaian nukleosida), rangkaian polisakanda (yang terdiri daripada komponen mannose, cordycepin, adenosine, galactose, arabinose, glucose, fucosidase), peptide, poliamines, sterol (ergosterol, ergosterol peroksida, daucosterol dan campasterol)

1. Cordycepin
Anti virus, menghalang bakteria & ketumbuhan, kesan sinegistik apabila digunakan bersama endoxan.

2. Adenosine
Merawat & mencegah embolisme senebral, hemorrhage serebral, renal (berkenaan ginjal gagal berfungsi, merangsang diuresis.

3. Polisakanda
Memperkuatkan imunisasi, memperlambatkan kenyanyukan, mengembalikan dan memperkukuhkan fungsi badan secara normal, melindungi jantung dan hati, anti kanser.

4. SOD Protein
Menghalang ketumbuhan serta menghapuskan keseluruhan superoksida polimisasi, anti-kanser, anti kenyanyukan dan mengurangkan toksin.

5. Protein
Membentuk bahan asas bagi sel organik dan aktiviti yang penting.

6. Vitamin

Vitamin A
Meningkatkan tumbesaran pengaturan tumbesaran, Pembezaan sel, Imunisasi secara organik, anti kanser, anti oksida.
Vitamin E
Amat penting untuk memperingkatkan kepintaran, menggalakkan oksida secara biologikal dan metabolisme organik.
Vitamin PP
Menghalang formilasi lipofuskin, anti kenyanyukan,memperkuatkan imunisasi, anti oksida.
Vitamin B12
Mencegah anti kanser terutamanya anti oksida.

Kesan Keatas Kesihatan Manusia...

1. Cordyceps dan Sistem Imuniti
Cordyceps meningkatkan aktiviti sel-sel NK iaitu sel-sel yang mencegah jangkitan penyakit dan mencegah pembentukan barah. Aktiviti sel-sel NK ini adalah mekanisma utama kepada daya imuniti badan.

2. Cordyceps dan Sistem Pernafasan
Cordyceps sangat berkesan meningkatkan penyembuhan masalah pernafasan seperti asma, batuk kronik dan kebengkakan saluran darah di paru-paru.

3. Cordyceps menambah baik fungsi buah pinggang
Kajian yang dijalankan oleh pakar perubatan China, telah membuktikan seramai 51% pesakit buah pinggang telah sembuh dengan pengambilan Cordyceps selama 1 bulan dan peratusan terus meningkat dengan lanjutan pengambilan Cordyceps.

4. Cordyceps mengurangkan saiz tumor dan barah
Kajian di China keatas pesakit barah dan jenis berbeza menunjukkan, pengambilan purata 6gm Cordyceps sehari membantu menyembuhkan barah dan ketumbuhan. Cordyceps membantu meningkatkan aktiviti sel NK dan peningktan daya imuniti dalam melawan sd-sel barah.

5. Cordyceps dan Penyakit Jantung dan Strok
Cordyceps berkesan mengurangkan paras lipoproteinemia darah dan mencegah pengerasan saluran darah, penyakit jantung koronari dan angin ahmar atau strok.

6. Cordyceps dan fungsi hati
Kajian di China pada tahun 1994 Cordyceps dan fungsi hati, seramai 70 pesakit hepatitis B dan sirhosishepatic yang serius. Setelah di beri rawatan Cordyceps selama beberapa minggu didapati 68% memberikan tindakbalas klinikal positif.

7. Cordyceps dan kesihatan fungsi seksual
Polisakarida dan glikoprotein dalam Cordyceps berfungsi seperti LH yang merangsang sistesis hormon testosterone. Selain itu Cordyceps mengurangkan tekanan darah dengan meningkatkan paras nitric oksida yang membantu merawat tekanan darah tinggi dan masalah mati pucuk.

8. Cordyceps meningkatkan stamina dan mengurangkan keletihan kronik
Cordyceps juga membantu mempercepatkan pemulihan daripada keletihan, memperbaiki .fungsi fizikal badan dan membekal tenaga. Ia juga sesuai untuk ahli sukan dan mereka yang bekerja menggunakan tenaga fizikal yang banyak.

9. Cordyceps juga merawat dan mengurangkan penyakit rabun – terbukti
Mempercepatkan pemulihan bagi mereka yang rabun dekat atau jauh, tak kira peringkat umur pada lelaki atau perempuan... sekurang kurang nya merendahkan tahap kerabunan pada manusia....


Siapa yang seharusnya mengambil Cordyceps ?

Cordyceps ialah suplemen yang seharusnya diambil oleh mereka yang sentiasa aktif, gaya hidup sibuk, atlit, lelaki dan wanita, dewasa, pesakit dalam rawatan dan golongan warga emas.

*Penting:
Perbanyakan Minum Air Kosong suam atau Minum Air Mineral

No comments:

Post a Comment

Mengenai Saya

Marilah bersama sama saya Mencari pendapatan melalui penjualan produk TrueOne yang terbukti memberi manfaat pada pengguna dan yang paling penting Pengguna juga layak membuat pendapatan sampingan yang tiada dihadkan jumlah RINGGIT...

Followers